Monday, July 22, 2013

Amazon Red Tail CatFish & Megabass Custom Bag

Dah lama tidak ke Exotic Fishing Pond. Kepong Tackle baru sahaja membawa masuk jig dari Megabass. Inilah masa untuk mencubanya!



Rod Megabass THP Bandersnatch 10-25lb


Sempat juga mencuba Megabass Custom Bag. Amat bagus untuk casting.






 

Thursday, July 18, 2013

Megabass Lates

Megabass Lates - Extreme Power Roller Minnow. Gewang berukuran 120 mm (12 cm) dan seberat 16.8 gram ini mudah dibaling tanpa sebarang rintangan angin. Ia beraksi bergelek ke kiri dan kanan hampir 90 darjah dan mempamerkan bahagian sisi  kiri dan kanan badan. Saya amat menggemari gewang Megabass lates untuk mengilat toman yang culas.
 










Megabass Diving Flap Slap

Megabass Diving Flat Slap, gewang Extreme Diving dari Megabass antara kegemaran kami bila menjerat toman dan sebarau. Gewang berprofile badan nipis ini mempunyai rekaan bibir renangan yang unik lantaran itu ia cepat menyelam untuk  memintas toman bila mencangkop udara.
 

Sabri dengan toman Sepayang



Mama toman Royal Belum yang garang tapi cerdik ini berjaya mengelak banyak gewang yang kami lontarkan. Tapi bila Megabass Flat Slap dihulurkan.... ia meligan terus!!!



Sebarau Kenyir pun boleh diperdayakan dengan aksi cantik Flat Slap







Trolling di satu suak menghasilkan 6 sambaran sebarau dengan gewang killer ini .




Kes klasik Mie Bingo di Kenyir. 8 - 9 kali mama toman yang garang ini menghentam gewang berlainan tetapi hanya Diving Flat Slap yang berjaya mendaratkannya.



Toman Kenyir dan Diving Flat Slap. Pemangsa yang sedang berselindung berdekatan rumput di hujung tanjung berjaya diperdayakan.



Megabass Deep-X 300














Megabass Dog-X

 
Tak sangka pula, ikan Kerong yang selalunya boleh didapati dengan pancingan dasar rupa-rupanya amat garang dan pantang melihat gewang permukaan. Kami mencubanya dan kerap kali gewang Megabass Dog-X dibelasah spesies ini.
 



Spesimen sebegini sudah dikira besar untuk ikan Kerong. Cukup garang ia meligan gewang permukaan yang terkedek-kedek dimainkan secara perlahan.